Tuesday, 30 September 2014

Kemahiran Belajar Yang Cemerlang
Dalam buku rujukan “Kemahiran Belajar”, diterbit oleh Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, tertulis kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup. Kemahiran ini perlu dikembangkan kepada semua pelajar supaya mereka peka dengan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan. Dengan kemahiran ini juga, pelajar dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam proses pembelajaran mereka dan seterusnya boleh mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memperbaiki sesuatu kelemahan.
            Dalam menguasai kemahiran belajar, terdapat beberapa eleman yang perlu difahami dan diteliti. Yang pertama, penetapan matlamat diri dan akademik. Kita boleh merujuk kepada perkataan ‘SMART’, untuk memahami tentang konsep penetapan matlamat diri dan akademik. Menurut pakar, matlamat SMART ini merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam matlamat kita dan matlamat ini diamalkan oleh kebanyakan organisasi dan syarikat seluruh dunia sebagai panduan dalam menetapkan sasaran mereka. SMART adalah kata singkatan yang terdiri daripada perkataan berikut: Specific (terperinci), Measurable (boleh diukur), Attainable (boleh dicapai), Realistic (munasabah) dan Time-bound (mempunyai had masa tertentu).
            Kata yang pertama ini menekankan pentingnya menetapkan target yang spesifik; benar-benar spesifik. Hindari target yang terlalu umum atau kurang mendetail. Target harus jelas, dan dipaparkan dengan bahasa yang lugas. Misalnya, tetapkan target seperti ini: “tingkatkan penjualan dari 500 menjadi 1000 buah apel dalam sehari” dan hindari “tingkatkan omset dari penjualan apel per-hari”. Untuk menetapkan tujuan yang spesifik, kita harus menyampaikan seluruh harapan dan keinginan dengan spesifik, mengapa hal ini penting, siapa yang akan terlibat, dimana akan dijalankan, dan atribut apa saja yang penting.
            Kata yang kedua menekankan pentingnya kriteria yang digunakan untuk mengukur besarnya kemajuan yang dibuat dalam mencapai target. Filosofi yang melatar-belakangi poin ini adalah: “Jika target tidak dapat diukur, mustahil untuk mengetahui apakah kita telah membuat kemajuan dalam mencapai tujuan akhirnya”. Mengukur kemajuan akan membantu kita untuk tetap berada dalam jalur yang benar, menepati tenggat waktu, dan merasakan semangat dan euforia ketika memperoleh hasil yang menggembirakan di setiap pencapaian yang membawa mereka lebih dekat kepada tujuan.
            Kata yang ketiga menekankan bahawa target harus realistis dan dapat dicapai. Target tidak boleh dibuat terlalu mudah, tapi juga tidak boleh terlalu sulit sehingga terasa mustahil untuk dicapai. Target yang ditetapkan akan dapat dicapai jika kita telah menentukan apa yang paling penting, lalu mampu membayangkan langkah-demi-langkah untuk mewujudkannya. Untuk itu, kita akan mengembangkan perilaku, kemampuan, keahlian, dan kapasitas finansial untuk mencapainya. Target yang attainable akan menjawab pertanyaan seperti “Bagaimana target tersebut akan dicapai?”
            Kata keempat menekankan pentingnya memilih target yang tepat. Target projek yang ditentukan harus bersifat Realistis, jangan menentukan Target yang terlalu tinggi dalam waktu yang sangat singkat. Harus mengetahui batas kemampuan untuk mencapai target proyek yang ditentukan. Contoh Target yang tidak realistik: maintenance (pemeliharaan) rutin Mesin Solder harus diselesaikan dalam waktu 2 Jam, padahal kemampuan pekerja yang berjumlah 2 orang hanya mampu melakukannya dalam waktu 4 Jam. Jadi dapat dipastikan target tersebut tidak akan tercapai karena tidak realistis.
Kata kelima menekankan pentingnya menepatkan target dengan kerangka waktu,iaitu memberikan deadline pencapaian target. Komitmen kepada deadline akan membantu kita untuk tetap fokus menjalankan pekerjaan untuk memenuhi target tepat waktu, atau bahkan lebih cepat. Ini adalah bahagian dari filosofi SMART yang melindungi target dari serangan krisis sehari-hari yang biasa terjadi dalam organisasi. Target dengan tenggat waktu akan menimbulkan urgensi.
            Seterusnya, pengurusan masa. Secara ringkasnya, perancangan jadual belajar melibatkan kemahiran mengurus masa. Pelajar mestilah berupaya menjadualkan masa untuk belajar, beriadah, bergiat dalam kegiatan kokurilkulum, menonton televisyen, dan sebagainya. Zulkifli et. Al. (1993) menyatakan bahawa jadual waktu merupakan arah tuju dan panduan pelajar belajar dengan lebih bersistematik. Tedapat beberapa kebaikan dan kepentingan serta keutamaan pelajar akan perolehi sekiranya pelajar menyediakan sebuah jadual waktu pembelajaran.
            Antaranya ialah mereka akan dapat menilai kembali apakah yang telah mereka lakukan. Mereka dapat menilai sama ada aktiviti yang mereka lakukan itu memberi faedah atau tidak. Mereka juga dapat menguruskan masa yang dipunyai dengan cara yang berkesan dan memberikan faedah paling optimum. Kebanyakan aktiviti yang dirancang setiap hari juda dapat dijalankan. Jadual masa yang ditetapkan dapat melatih mendisiplinkan pelajar dalam menepati masa. Keadaan ini membolehkan merekan mengamalkan  cara hidup yang lebih sempurna. Mereka juga boleh mempelbagai aktiviti yang perlu mereka lakukan.  Hal ini perlu dilakukan bagi menjamin mereka menjadi orang yang serba boleh.
            Dalam pada itu, penyediaan jadual waktu pembelajaran yang sistematik akan mendorong ke arah pencapaian kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi, baik kehidupan dunia atau akhirat. Amalan suka bertangguh untuk melakukan sesuatu tugas atau aktiviti yang lebih digemari dan mengabaikan pula aktiviti lain yang berguna dapat dielakkan. Penyediaan jadual waktu dapat menyedarkan diri pelajar cara mengurus masa yang berkesan. Pelajar turut dapat mengimbangkan pembahagian masa terhadap pelbagai jenis aktiviti yang akan dilakukan melalui jadual masa yang disediakan. 
            Selanjutnya, mengenali gaya pembelajaran kendiri juga amat penting dalam kemahiran belajar. Kajian lepas menjelaskan untuk membolehkan seseorang pelajar belajar dengan lebih berjaya. Pelajar berkenaan perlu didedahkan dengan pelbagai model dan teknik pembelajaran. Malangnya, Sarena Abdul Karim ( 2003 ) menyatakan bahawa sistem pendidikan di Malaysia masih kurang menekankan aspek teknik belajar secara formal . Menurutnya lagi, kebanyakan pelajar mempelajari teknik atau kemahiran belajar seara kebetulan, tidak langsung atau terikut-ikut dengan rakan sebaya.
            Padahal, setiap pelajar belajar dengan cara dan gaya pembelajaran yang berbeza antara satu sama lain. Kesemua perbezaan tersebut boleh dilihat dalam beberapa gaya pembelajaran yang telah dikemukakan oleh para penyelidik sebelum ini. Berikut adalah diantara model pembelajaran yang menyatakan perbezaan gaya pembelajaran antara setiap individu, iaitu Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn. Selain itu, Model gaya pembelajaran Honey dan Mumford. Akhir sekali, Model gaya pembelajaran Kolb.
            Menurut Dunn dan Dunn(1978), perbezaan atau variasi seseorang individu dengan norma kumpulan, sama ada dalam sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat sememangnya wujud dalam sesebuah kumpulan. Perbezaan dalam diri individu boleh dikesan berkait dengan aspek perkembangan fizikal, mental, emosi, dan sosial. Akibatnya setiap pelajar mempunyai kepelbagaian dan kecenderungan gaya, strategi belajar yang berbeza dan kadar pembelajaran yang berlainan. Ada pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang dominan, ada pula yang menggunakan gaya belajar yang berbeza dan perlulah disesuaikan mengikut persekitaran.
            Dunn dan Dunn mendapati gaya pembelajaran boleh dikategorikan kepada lima iaitu persekitaran, emosi, sosiologi, fizikal dan psikologi. Beliau menyatakan bahawa gaya pembelajaran merupakan kaedah seseorang menumpu, memproses, menyerap, dan mengingat maklumat dan kemahiran yang baru dan sukar. Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn adalah berdasarkan prinsip-prinsip berikut: Kebanyakan individu mampu dan boleh belajar. Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu. Gaya pembelajaran individu akan bertindak balas dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat diseseuaikan dengan gaya pembelajaran seseorang itu akan dapt mengoptimumkan proses pembelajaran.
            Berikut ini dibincangkan aspek pembelajaran dari segi persekitaran yang dikemukakan oleh Dunn dan Dunn. Yang pertama, Cahaya. Menurut Dunn dan Dunn, terdapat invidu yang memerlukan persekitaran yang terang semasa belajar. Seterusnya, Bunyi. Menurut kajian Dunn dan Dunn, terdapat individu yang memerlukan bunyi seperti muzik di persekitaran mereka semasa belajar. Yang ketiga, Suhu. Setiap individu mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap suhu persekitaran. (Dunn dan Dunn ) Akhir sekali, Reka bentuk.  Menurut Garger (1985), gaya pembelajaran individu ditentukan oleh personaliti individu yang berbeza.
            Selain itu, dibincangkan pula aspek emosional yang dikemukakan oleh Dunn dan Dunn. Yang pertama, Motivasi. Motivasi merupakan daya penggerak utama yang menjamin kejayaan seseorang dengan kecenderungan menyeluruh untuk bertindak pada masa tertentu. Seterusnnya, Kecekalan. Kecekalan penumpuan yang tinggi bagi seseorang pelajar akan dapat membantu pelajar berkenaan dalam masa tempoh yang panjang. Yang ketiga, Tanggungjawab. Setiap individu yang ingin berjaya dalam belajar perlulah tekun dan bertanggungjawab. (Bell, 1972). Akhir sekali, Struktur. Arahan yang jelas dan berstruktur dapat mendorong pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan, namun terdapat juga pelajar yang suka belajar dengan gaya bebas.
            Selanjutnya, dibincangkan pula aspek pembelajaran dari segi ransangan sosiologi. Rangsangan sosiologi terdiri dari elemen-elemen seperti diri sendiri, berpasangan, berkelompok atau dengan rakan sebaya atau orang dewasa. Segi ransangan fizikal pula terdiri daripada elemen- elemen seperti persepsi, makanan, minuman, waktu belajar, dan pergerakan. Akhir sekali, rangsangan psikologi. Rangsangan psikologi terdiri daripada elemen – elemen yang berikut, iaitu analitik/global, impulsif/ reflektif dan dominan otak kiri / dominan otak kanan.
            Model gaya pembelajaran Honey dan Mumford (1992) mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai penerangan ke atas sikap dan tingkah laku individu yang mengamalkannya. Honey dan Mumford membahagikan gaya pembelajaran kepada 4 kumpulan iaitu aktivis, reflektif, teoris dan pragmatis. Aktivis mempunyai sikap tidak sabar, perasaan ingin tahu yang tinggi, bergerak pantas dan capat membalas, gemar pengalaman baru, penuh semangat, fleksibel, model intrinsik dan KBKK.
            Individu yang berjenis reflektif pula suka mentafsir dan menilai sesuatu perkara, suka mencari hakikat sebenar, sikap berhati-hati, pendengar yang baik, kerja yang sistematik dan tidak terburu-buru membuat keputusan. Individu yang berjenis teoris memiliki fikiran rasional dan logikal, sikap berdisiplin, kurang kreatif, suka bentuk hipotesis, suka mengesan sebab dan akibat serta suka mengkaji fenomena yang berlaku. Akhir sekali, individu yang berjenis pragmatis. Mereka yang berjenis pragmatis mempunyai sikap praktikal, pentingkan bukti dan hakikat, percaya perkara yang dapat dilihat, utamakan kegunaan dan penggunaan, lebih bersifat ekspresif daripada kreatif serta suka membuat perbandingan.
            Yang terakhir, Model gaya pembelajaran Kolb. Kolb telah membahagikan gaya pembelajaran yang digunakan oleh pelajar kepada 4 kategori, iaitu imaginitif dan kreatif, teori analisis, praktik, dan intuitif dinamik.
            Strategi meningkatkan ingatan juga penting dalam kemahiran belajar. Kita boleh meningkatkan daya ingatan dengan mengetahui prinsip asas otak manusia dan bagaimana manusia ingat dan lupa. Ingatan bermaksud kebolehan memanggil balik atau menyebut dan menulis fakta dan kejadian yang berlaku selepas beberapa lama. Jenis ingatan terbahagi kepada dua bahagian iaitu ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat dengan baik.
            Teknik mengingat ini boleh menolong membaiki ingatan. Teknik ingatan merangkumi beberapa kaedah. Antaranya, mneomonik. Mneomonik berasal aripada perkataan Greek mnemon yang bermaksud berfikir. Mneomonik ini dibahagikan kepada Mneomonik kata gentian, Mneomonik anekdot, Mneomonik lokasi dan Mneomonik rantaian. Seterusnya, lokus turut merupakan salah satu teknik mengingat. Perkataan lokus ini bermakna tempat. Kaedah lokus adalah mengaitkan bahan ingatan dengan suatu tempat yang dikenali. Akhir sekali teknik mengingat Chunking. Teknik yang mengumpul beberapa butir maklumat yang tidak berkaitan menjadi satu kumpulan mengikut keseragaman tertentu.
            Akhir sekali. kemahiran belajar juga merangkumi perancangan jadual belajar. Penyusunan jadual waktu yang sesuai akan membantu pelajar  mencapai tujuan mereka belajar. Elemen-elemen yang perlu mereka pertimbangkan adalah berikut: Tentukan tujuan dan objektif penyediaan dan kegunaan jadual itu. Fikirkan aktiviti yang dilakukan sesuai dengan tujuan dan objektif yang dinyatakan. Berikan keutamaan kepada aktiviti yang akan dilakukan pada pagi, petang dan malam sebagai seorang pelajar. Utamakan mata pelajaran yang dianggap susah atau kurang diminati. Susun mata pelajaran yang perlu diulang kaji sebaiknya supaya tidak mengelirukan. Jangan lupa masa rehat. Jenis jadual waktu perlu disediakan.
            Jenis – jenis jadual termasuklah jadual waktu semester (rancangan untuk aktiviti satu semester ), jadual waktu mingguan ( rancangan untuk aktiviti seminggu ) dan jadual waktu harian (rancangan untuk setiap hari). Antara bahan utama yang boleh dijadikan panduan untuk menyediakan jadual waktu semester ialah takwim IPT. Bagi menyediakan jadual waktu mingguan dan harian, aktiviti yang dimasukkan mesti sesuai dan selaras dengan aktiviti pembelajaran pada minggu tersebut. Dalam penyediaan jadual waktu, masa lapang perlu dimanfaatkan. Biasanya, lebihan masa disia-siakan sahaja padahal dapat dimanfaatkan oleh seseorang pelajar.   
            Menurut buku rujukan “Kemahiran Belajar”, diterbit oleh Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, belajar bukanlah sesuatu yang mudah tetapi bukanlah sesuatu yang terlampau susah. Seandainya kita dapat menguasai kemahiran belajar dengan cemerlang iaitu melalui penetapan matlamat diri dan akademik, pengurusan masa yang baik, mengenali gaya pembelajaran kendiri, mengunakan strategi meningkatkan ingatan dan perancangan jadual waktu yang sesuai, pasti kita dapat mencapai matlamat belajar kita seterusnya mencapai kejayaaan dalam kehidupan kita.



No comments:

Post a Comment